(1).jpg)
SUMBANGAN PEMBAIKAN & PENYELENGGARAAN PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN
Pusat Pengajian Al Baghdadi digunakan setiap hari sebagai ruang anak-anak dan para pelajar belajar Al-Quran.
Alhamdulillah, hasil sumbangan yang lalu, 2 buah aircond B2 dan cermin/kaca telah berjaya dibaiki dan diselesaikan.
Namun, masih terdapat beberapa keperluan yang perlu kami usahakan bagi memastikan ruang pembelajaran terus selesa dan selamat, antaranya:
❄️ Pembaikan aircond B1
Untuk keselesaan pelajar ketika sesi pembelajaran, khususnya kelas kanak-kanak.
Pembaikan lantai 2 buah tandas
Bagi memastikan kemudahan tandas lebih selamat dan selesa untuk kegunaan para pelajar.
Anggaran awal bagi keperluan pembaikan ini adalah sekitar RM2,200. Jumlah sebenar akan dikemaskini selepas quotation diterima.
Ruang sumbangan masih dibuka.
Anda boleh menyumbang RM10, RM20, RM50 atau seikhlas hati.
Walaupun sedikit, setiap sumbangan sangat bermakna dalam membantu kami menyediakan ruang yang lebih selesa dan selamat untuk anak-anak serta para pelajar terus belajar Al-Quran.
Jom bersama-sama menjadi asbab dalam menyediakan ruang pembelajaran Al-Quran yang lebih baik.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan Allah SWT mengurniakan ganjaran yang berpanjangan kepada para penyumbang.
Jazakumullahu khairan atas setiap sumbangan, doa dan sokongan yang diberikan.